mungkin aku terlalu jujur dengan hatiku
hinggakan kau dapat mengetahui isi hatiku
aku cuba untuk menyembunyikannya tetapi
kisah hati ini terserlah di wajahku
aku malu dan wajahku berubah warna...
adakah kau sedar semua itu?
mungkin tidak dan mungkin ya...
tapi mungkin kau hanya buat tidak tahu sahaja.
malang sungguh kisah cintaku
sering hanya sebelah sahaja
tiada sapaan atau teguran
dan akhirnya hanya berakhir begitu sahaja..
No comments:
Post a Comment