Ini antara lirik lagu yang aku cipta.
tiada yang dapat mendengari tangisan jiwa ini.
tiada yang dapat memahami kedukaan hati ini.
aku telah meninggalkan dirimu.
aku tahu engkau tidak mengerti.
wahai kekasih, engkau mengertilah keadaan diriku ini.
relakan aku pergi kepada -Nya kerana dosa-dosaku.
doakan aku agar diterima oleh -Nya di atas sana.
senyuman di wajahmu terukir sejurus mendengar kata-kata ku.
tetapi maafkan diriku kerana aku tidak dapat mengotakan janjiku.
di saat- saat akhir hayat ku, aku terkenang kenangan dahulu.
kita menyusuri lautan biru dan aku masih ingat pada saat itu.
kau melafazkan kasihmu dan kini aku mahu kau tahu,
bahawa aku menyintai dirimu sehingga akhir hayat ku.
No comments:
Post a Comment